Ahad, 17 Jun 2012

TuNgKu @ TuaM BaYi

Sesuai untuk bayi baru lahir.
Mampu mengatasi masalah kembung, batuk, selsema atau ‘angin pasang’.




 cara- cara penyimpanan


Tungku bayi ini diperbuat daripada lada hitam
  1. Berfungsi mengelak perut bayi kembung,mengelakkan bayi dari terkena angin pasang bagi bayi lelaki.
  2. Cara menggunakan tungku ialah dengan memanaskan iron dan letak tungku ini diatas iron tersebut atau d'tuam pada tungku panas..Seeloknya tuam selepas bayi dimandikan.
  3. Tungku ini didatangkan dengan pelbagai warna,dan corak.
  4. Berat 25gm

Bagi ibu yang baru melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.
Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.
Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Cara penggunaan

Bahan utama iaitu lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

TEMPOH KETAHANAN :-Bergantung atas kekerapan kita menggunakannya...dan boleh tahan 6 bulan sehingga setahun....

HARGA:

1 PCS: RM14.00
2-5 PCS: RM12.00
20 PCS ke atas : RM10.00

** tidak termasuk kos penghantaran**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan