Ahad, 17 Jun 2012

TuNgKu @ TuaM BaYi

Sesuai untuk bayi baru lahir.
Mampu mengatasi masalah kembung, batuk, selsema atau ‘angin pasang’.




 cara- cara penyimpanan


Tungku bayi ini diperbuat daripada lada hitam
  1. Berfungsi mengelak perut bayi kembung,mengelakkan bayi dari terkena angin pasang bagi bayi lelaki.
  2. Cara menggunakan tungku ialah dengan memanaskan iron dan letak tungku ini diatas iron tersebut atau d'tuam pada tungku panas..Seeloknya tuam selepas bayi dimandikan.
  3. Tungku ini didatangkan dengan pelbagai warna,dan corak.
  4. Berat 25gm

Bagi ibu yang baru melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.
Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.
Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Cara penggunaan

Bahan utama iaitu lada hitam, tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan. Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

TEMPOH KETAHANAN :-Bergantung atas kekerapan kita menggunakannya...dan boleh tahan 6 bulan sehingga setahun....

HARGA:

1 PCS: RM14.00
2-5 PCS: RM12.00
20 PCS ke atas : RM10.00

** tidak termasuk kos penghantaran**

aPam PolKadot Yg kiut Miut





HARGA :

 DENGAN INTI ( PEANUT BUTTER, COKLAT, KAYA, BLUEBERRY)

50 BIJI = RM18
100 BIJI= RM35

TANPA INTI

50 BIJI = RM 13
100 BIJI = RM25

SEGALA TEMPAHAN HENDAKLAH DI BUAT 2/3 HARI AWAL DARI TARIKH PENGHANTARAN



BaNtaL PanaS @ TunGku ModeN




Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.
Fungsi :

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri: 

Cecair merupakan air garam bukit dan gel, mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?

* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:

Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.

Penting:

1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.

Harga Bantal Panas @ Tungku Moden

Biasa ~~RM20
Magnet ~~ RM25

** harga tidak termasuk kos penghantaran